Wednesday, April 25, 2012

❤maksud pemberian hadia kepada perempuan ❤

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ

✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ


✔ GELANG → Tanda mesra ツ


✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ


✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ


✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ


✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ


✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ


✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ


✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ


✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ


✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ


✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ


✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ


✔ SEJADAH DAN A
L-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ


✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ


Tetapi hadiah yang paling di nanti2kan oleh setiap perempuan adalah...
MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius dan betul2 ikhlas mencintai kamu 


hee bestnye. tapi kene lah tunggu orangnye. awak tu muda lagi cik ezzah ye 


Friday, April 20, 2012

Petua Islam Untuk Awet Muda

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur


selamat mencuba   

Wednesday, April 18, 2012

Cat


comel kan kucing ni. dulu ada tapi sekarang abah dah tak kasi beli. sedih sangat. tadi sementara nak tgu uncle lesen tu jemput, lepak kat tangga and kacau kucing ni yang tengah tidor. jahat kan aku. heh. then kucing ni bangun terus datang manja manja dekat aku. comel sangat tau kucing ni. macam nak bawa balik rumah je. hewheww ;p tengoklah betapa mesranya kami. bile uncle tu dah datang, dia pon nak ikut sama. takpela yang, nanti kite jumpe manja manja lagi ye yang :)
                                     
          
              "People who hate cats, will come back as mice in their next life." - Faith Resnick

Monday, April 16, 2012

Tarzan soundtrack

Believe Me . You Always In My Heart 
awwww this video makes my tears out, tsk tsk :'l


Saturday, April 14, 2012

kids



me is only kids grown up, anyway ♥ 

fun evening on my b-day

Friday, April 13, 2012

Funfair


smile off . but i know auf had a lot of fun 

Diari Cinta 2



"when a girl says that she can't live without you, she has made up her mind that you are her future."


dear bestfriend, i don't ever wanna breakup with you 

Diari Cinta 1


A real relationship : has fights, trust, faith, tears, pain, argument, patience, secrets, jealousy & LOVE


aisya zulaikha



 she is my second anak buah, aisya. i love you baby. 





need to change



"sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan pernah mengenal kemanisan..."

ade satu kisah.. mari sama sama kita tonton


video ni aku jumpe dekat group facebook aku. video ni betul betul buat aku rase yang aku selama ni tak hargai pon kehidupan aku sebelum ini. 


Seburuk-buruk penyesalan:
"Taubat itu wajib bagi seseorang. Tapi lebih wajib lagi baginya meninggalkan dosa. Perjalanan waktu ini sangat menghairankan, tapi lebih menghairankan lagi kelalaian manusia terhadap waktu. Sabar dalam menghadapi musibah itu sukar tapi hilangnya kesabaran itu lebih sukar lagi akibatnya. Semua yang dapat dicapai itu dekat, tapi kematian lebih dekat dari semuanya."
(Ali bin Abi Thalib)

Thursday, April 12, 2012

happy birthday !

it is my day
a big day
my birthday
HAPPY BIRTHDAY

thanks mak and abah
for take care of me
im growing up
hey im 19 years old already
alhamdulillah
syukur ya Allah

.........................................................................



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku, dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu. Engkau tetap melindungi aku walaupun kadang-kadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah, namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usiaku ini walaupun masih muda, ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia muda ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin, pimpinlah tangan hambaMu ini. pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus, sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku, bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim, berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar, peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

insyaAllah aku akan jadi yang terbaik untuk orang orang yang aku sayang :)

*thanks semua yang wish and doakan aku. may Allah bless uolls too 



Friday, April 6, 2012

a boyfriend should do

a boyfriend shouldn't just be a boyfriend. to have it happier and more worthwhile, he should also be your very best friend

Thursday, April 5, 2012

APRIL yang teruja

assalamualaikum. hai kaum adam kaum hawa sekalian. pagi pagi makan nasi, sori blog lama tak terisi. hamboi keluar pantung dua kerat pulak eh aku aku. sekarang cuti sem UiTM. DUA bulan. huh lama kan. and sekarang memang ramai lah online facebook la twitter la bagai sebab cuti. alah ape kesah, sekarang masing masing ade belakberi. boleh online dalam tandas pon.

oh nak cerita pasal bulan kesayangan aku. ye APRIL. bulan keterujaan aku. whewwh. nak tahu sebab ape? sebab bulan ni lah birthday aku. so? macam orang lain takde birthday je. haha ape aku kesah. blog aku besday aku. bukan kau *muke belagak sokmo* 

KETERUJAAN BERLAKU...


abah belikan. eheem tak sangka. merangkap hadiah hari jadi kot. eh?  ingat nak beli sony. tapi dah abah yang pilih ni. terima je. terima kasih abah. love abah sangat ! abang aku sumpah jeles tapi.. tapi.. dia baru dapat galaxy note dari bos dia  +.+

credit to ikhwan. ni lah pasangan keychain dekat phone awak tu ^^

......................................................................

aku baru je pi daftar lesen awal minggu ritu. bayaran boleh tahan murah lah. tapi kan. aku tak suke lah bile aku duduk antara cina cina kat situ.tak paham ape yang diorang cakap. sampai pening kepala otak aku. serius ! cubelah cakap english ke. haish. *mejoriti tempat tu cina* 
selasa aku pergi dengar ceramah. bla bla bla haha takde bosan pon. naseb dapat penceramah kuat gelak. 



and alhamdulillah after test komputer tadi aku LULUS. alhamdulillah. even dapat 45/50 
*tak dapat kalahkan ikhwan +_+ * 

and sabtu nanti pegi dengar ceramah teori pulak. hehe.

sampai sini saja. buah kedondong teselit celah gigi, nanti update lagi :)

Monday, April 2, 2012

welcome back

seronok kau bercuti berbulan bulan dati update blog kau ni kan. tak kesian ke kat dia? ish ish. 

SORRY -__- 

oke oke lepas ni aku update selalu ye sayangkuuuu