Sunday, January 20, 2013

Hati itu

Bila mana hati itu tidak dapat menahan lagi. Perasan itu bukanlah cinta, lebih kepada kagum akan peribadi si dia. Kau mengambil langkah mengatur ayat. Meluahkan segala isi hati berharap agar dia memahami. Selepas itu barulah kau sedar, malunya berkata sebegitu. Ya. Kau malu. Namun, balasan daripadanya membuat kau tersenyum. Mungkin kata kata darinya tidak ada yang menyinggung perasaanmu. Dan setelah hari hari berlalu. Kau masih memegang hati itu. Biarlah kau dilayangkan jauh di langit. Biarlah kau dicampak jauh ke laut. Kau tetap dengan hati itu.